Program Penjana e-Commerce Campaign
12 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 11 September 2020 (Jumaat), Pusat Internet Jeram telah mengadakan Program Penjana e-Commerce Campaign bagi memberi pendedaha kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) peluang perniagaan atas talian (e-dagang) melaluai program yang dibiayai oleh Kerjaan dengan kolaborasi bersama MDEC dan beberapa rakan e-dagang seperti boost, carousell, E-Local, food panda, grab dan banyak lagi. Peniaga yang layak akan dibekalkan dengan latihan onboarding e-dagang, subsidi penjualan dan khidmat sokongan jualan.
Kempen ini merupakan inisiatif Kerajaan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk menggalakkan perniagaan secara atas talian oleh peniaga tempatan. Fokus utama adalah untuk membantu peniaga kecil dan PKS memperluaskan pasaran melalui platform atas talian. Hal ini kerana kesan daripada wabak COVID-19, perniagaan atas talian telah menjadi pilihan utama berbanding dengan cara berniaga secara tradisional.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: